Terus ke kandungan
Tempah Court

Polisi Privasi

Update terakhir: 3 Julai 2026

Polisi ini menerangkan data peribadi yang dikumpul oleh Tempah Court, sebabnya, dan cara ia dikendalikan, selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).

Apa yang kami kumpul

  • Butiran akaun: nama, alamat email dan password anda (disimpan secara hash), atau identiti akaun Google anda jika anda log masuk dengan Google.
  • Butiran tempahan: arena, court, tarikh dan masa yang anda tempah.
  • Rekod pembayaran: jumlah tempahan dan status pembayaran daripada toyyibPay. Kami tidak pernah melihat atau menyimpan maklumat perbankan anda.
  • Review yang anda pilih untuk tinggalkan bagi arena.

Cara kami menggunakannya

  • Untuk memproses dan mengurus tempahan anda, serta email pengesahan, peringatan dan resit kepada anda.
  • Untuk berkongsi nama dan masa tempahan anda dengan pihak arena supaya mereka boleh menyediakan court untuk anda.
  • Untuk memastikan platform selamat: mencegah tempahan berganda, penipuan dan penyalahgunaan.

Apa yang kami tidak akan lakukan

  • Kami tidak menjual data peribadi anda.
  • Kami tidak menghantar pemasaran tanpa persetujuan anda.
  • Kami tidak berkongsi data anda dengan pihak ketiga kecuali arena yang anda tempah dan penyedia pembayaran kami.

Cookies

Kami hanya menggunakan cookies penting: sesi anda, status log masuk dan token keselamatan. Tiada cookies pengiklanan atau penjejakan merentas laman.

Hak anda

Anda boleh update nama dan email anda dalam Settings pada bila-bila masa, dan anda boleh memadamkan akaun anda. Ini membuang data peribadi anda daripada sistem aktif. Rekod tempahan dan pembayaran yang diperlukan untuk perakaunan dikekalkan seperti yang dikehendaki undang-undang.

Hubungi

Untuk sebarang permintaan atau soalan privasi, hubungi kami.

Install Tempah Court

Laman ini masih dalam ujian. Belum dibuka untuk tempahan sebenar.